Friday, August 20, 2010

tatu si om semon

cerita ini mengisahkan seorang endon bernama semon(bukan nama sebenar)yang baru saja sampai kemarin di sabah.beliau baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai buruh kasar di sebuah kedai menjual baja berdekatan dengan rumahnya di kampung tatahan,inanam dengan gaji yang buli-buli la.

pada suatu hari dia bekerja dengan begitu tekun sekali serta keras dengan mengangkat guni-guni yang begitu buli tahan juga beratnya.tiba-tiba dia tersentak,apabila ternampak satu tulisan pada guni yang dia baru mau angkat.lalu dia berbisik,"lawa jugak ya lambang ini".tulisan tersebut telampau la sangat cantik dia bilang dan dia bertekad mau buat tatu d lengannya dengan bercorakan tulisan yg dia nampak pada guni tersebut pada hujung bulan apabila suda mendapat gaji.

setelah tiba hujung bulan,semon pun pergi la ke Culture Shock(Tempat membuat Tatu) yang terletak tidak jauh dari pekan inanam.Lalu dia berjumpa dengan pembuat tatu tersebut sambil menunjukkan tulisan pada guni tersebut.semon berkata,"Ipar,boleh ka kita buat lambang ini di sini" sambil menunjuk pada lengannya."ok ba kalo ko om" pembuat tatu itu menjawab sambil tersengih.setelah lama menahan sakit kepedihan daripada mesin tatu,maka siap la suda tatu si semon seperti yang diingini.

kini semon sudah pun mempunyai tatu yang sangat cantik.dia berbangga dengan tatu yang dimiilikinya sekarang.sehinggakan setiap lengan baju yang dimilikinya dikoyakan supaya dapat menunjukan tatunya dengan lebih jelas.Pada suatu petang yang cerah,dia pergi ke pekan inanam untuk membeli kuih-muih dan sebaik sahaja dia lalu di kawasan restoran cina,semua cina yang berada dalam kedai itu mentertawakan dia.pada mulanya dia tidak sedar yang dia diketawakan oleh cina yang makan di kedai makan cina tersebut.Apabila dia sedar yang dia diketawakan,lantas dia menuju pada meja makan yang tedekat berjumpa dengan seorang cina yang sedang ketawa dan bertanya dalam nada yang tinggi dalam slang timur.

semon: "kenapa kamu ketawa~!!?tidak pernah nampak orang timor ka~??!!".
Cina: "bukan tidak pernah nampak orang timor,kau punya tatu ba!!hahahahahaha".

semon berasa tidak puas hati lalu memukul meja makan cina itu dengan kuat.

semon: "kenapa eh,tidak pernah nampak tatu ka?!!".
cina: "jangan marah ma boss..bukan tida perana nampak,tapi itu tulisan cina maksud dia taik ayam ba..hahahaha"

semua orang dalam restoran cina itu pun ikut ketawa terbahak-bahak.
semon yang suda tidak dapat menahan malu terus berjalan pulang ke rumahnya.dia sungguh menyesal kerana membuat tatu yang dia sendiri tidak tahu apa maksudnya dan disangka itu adalah lambang cap mohor.

p/s; jangan main sembarang saja.hahahaha.



鸡狗屎 = tahi ayam